00:00Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jepun meningkat 11.8% kepada $23.3 bilion Amerika bagi tempoh tujuh bulan
00:08pertama 2026 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
00:12Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Sri Johari Abdul Ghani berkata, Jepun terus kekal sebagai salah satu rakan dagang dan
00:19pelabur penting untuk Malaysia, disokong oleh kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara selama beberapa dekad.
00:29Menurutnya, pelaburan ini membawa masuk kepakaran teknologi dan pengurusan, memperkukuh rantaian bekalan domestik, mewujudkan peluang untuk perniagaan tempatan dan membantu
00:39menghubungkan Malaysia ke dalam rangkaian pembuatan global.
00:43Johari berkata Malaysia berhasrat untuk terus menggiatkan dan memperdalam kerjasama ekonominya dengan Jepun.
00:49Kata beliau pihaknya mahu memulihkan dan melangkaui tahap aspirasi, intensiti dan keyakinan yang pernah menentukan hubungan Malaysia-Jepun.
00:58Beliau menambah terdapat kesaling lengkapan yang kukuh antara keutamaan ekonomi Malaysia dan Jepun dengan kedua-dua negara memberi tumpuan kepada
01:06ekonomi,
01:07sekuriti makanan dan tenaga serta daya tahan rantaian bekalan kritikal.
01:12Beliau berkata dalam hal ini, Jepun boleh memanfaatkan peluang yang sedang pesat membangun di ASEAN dan peralihan tenaga Malaysia.
01:20Langkah itu menyokong pengembangan tenaga boleh baharu, teknologi tenaga baharu dan infrastruktur yang bersedia untuk masa depan.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments