Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Indonesia memberi jaminan fenomena El Nino tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak sawit negara itu secara serius, meskipun keadaan cuaca lebih kering dijangka berlaku.
Transcript
00:00Indonesia beri jaminan fenomena El Nino tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak sawit negara itu secara serius walaupun keadaan cuaca lebih
00:09kering dijangka berlaku.
00:11Memetik Jakarta Globe, Menteri Pertanian Indonesia Andi Amran Sulaiman berkata, fenomena berkenaan sememangnya akan memberi sedikit kesan terhadap pengeluaran minyak
00:20sawit.
00:21Namun impaknya dijangka tidak begitu ketara.
00:27Bagi memastikan pengeluaran dapat dikekalkan, Kerajaan Indonesia akan memastikan bekalan baja untuk ladang kelapa sawit diagihkan mengikut jadual.
00:36Langkah penyelenggaraan tanaman serta kawalan perosak turut disediakan bagi membantu pekebun menghadapi kesan kemarau.
00:45Andi pada masa sama mencadangkan pelaksanaan sistem pengairan bagi ladang kelapa sawit yang sudah matang.
00:51Menurut kumpulan pengeluar minyak sawit Indonesia GAPKI, pengeluaran minyak sawit negara itu mencecah hampir 30.3 juta tan pada separuh
01:00pertama 2026,
01:01meningkat daripada 27.9 juta tan bagi tempoh sama tahun lalu.
01:07Daripada jumlah itu, kira-kira 27.7 juta tan merupakan minyak sawit mentah MSM yang dihasilkan antara Januari hingga Jun
01:15tahun ini.
01:15Sementara itu, ekspor minyak sawit Indonesia hampir mencecah 16.6 juta tan dengan nilai sekitar 19.4 bilion dolar Amerika.
01:25Indonesia merupakan antara pengeluar dan pembekal minyak sawit terbesar dunia,
01:29menjadikan sebarang gangguan terhadap pengeluaran akibat cuaca berpotensi memberi kesan kepada bekalan serta harga komoditi di pasaran global.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended