00:00Ahli keluarga rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir kilat di sempadan Nepal dan Tibet mula memberikan sampel ujian
00:09DNA pada selasa.
00:11Wakil waris Dr. Armani Vanen berkata pengambilan sampel itu dijalankan dengan kerjasama polis derajat Malaysia di setiap negeri.
00:20Namun bila menegaskan keluarga mangsa tidak akan berputus asa dan belum bersedia untuk mengalah selagi masih ada kemungkinan untuk menemukan
00:28mereka.
00:30walaupun kecil.
00:33Memasuki hari ketujuh sudah tentu keadaan ini amat mencabar dan sangat menguji emosi ahli-ahli keluarga.
00:40Namun begitu kami masih belum berputus asa dan masih meletakkan harapan yang tinggi.
00:46Apa yang kami pegang ialah selagi belum ada pengesan rasmi mengenai keadaan atau nasib mereka, harapan itu masih ada.
00:53Kami percaya dalam situasi bencana seperti ini, faktor medan, keadaan sungai, runtuhan, struktur bangunan dan lokasi mangsa boleh menyebabkan proses
01:03pencarian mengambil masa.
01:05Perkongsian yang saya terima daripada ahli-ahli keluarga juga menunjukkan perkara yang sama.
01:11Mereka bukan meminta sesuatu yang mustahil tetapi mereka mahu setiap usaha yang munasabah dan setiap kemungkinan diperiksa sehingga penghujungnya.
01:23Bagi kami, hari ketujuh bukan bermakna harapan telah terpadam.
01:29Sebaliknya, ia adalah masa untuk kita mempertingkatkan usaha pencarian dan menyelamat,
01:35menggunakan kepakaran serta teknologi yang ada dan memastikan setiap lokasi yang berkemungkinan diperiksa dengan teliti.
01:43Kami akan terus positif, terus berdoa dan terus berharap.
01:49Selagi masih ada kemungkinan walaupun kecil kami percaya usaha mesti diteruskan, kami belum bersedia untuk mengalah.
Comments