00:00Bermula hari ini, had kelayakan asas bulanan Budi 95 dinaikkan semula secara otomatik daripada 200 kepada 300 liter.
00:08Pelaksanaan itu membolehkan lebih 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 se-liter,
00:16manakala lebih 700 ribu pengguna turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 se-liter.
00:23Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pick-up dan jeep, kelayakan pula dinaikkan sehingga 400 liter sebulan,
00:31termasuk tambahan 100 liter bagi mereka yang layak melalui permohonan.
00:35Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan, penerima sedia ada tidak perlu membuat permohonan semula susulan pelarasan berkenaan.
00:42Bagaimanapun permohonan baru bagi tambahan 100 liter Budi Diesel boleh dibuat menerusi portal rasmi Budi Madani.
00:49Pada Isnin, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan,
00:53pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pick-up dan jeep yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan sepanyakan 100 liter sebulan,
01:00perlu berbuat demikian menerusi portal Budi Madani.
01:03Tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter bermula 1 September.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments