00:00Kementerian Pertanian dan Keterjamanan Makanan KPKM memohon peruntukan tambahan melalui Belanjawan 2027 bagi menghadapi kemungkinan fenomena El Nino yang berterusan
00:10dan juga sembih serius serta cuaca yang tidak menentu pada tahun depan.
00:14Menterinya Mohd Sabu berkata peruntukan tambahan itu diperlukan bagi memastikan sektor agro-makanan negara bersedia menghadapi kemarau dan peningkatan suhu
00:23yang boleh menjejaskan tanaman.
00:27Sehubungan itu beliau berkata perkara itu telah disenaraikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan beliau bersama KSU turut mengadakan pertemuan dengan
00:37Timbalan Menteri Kewangan 2 bagi membincangkan keperluan berkenaan.
00:40Kita telah bincang dan ada persetujuan untuk menambahkan peruntukan terutama dalam menghadapi suasana global dan juga El Nino yang dijangka
00:53melanda Malaysia yang lebih berat pada tahun depan.
00:56Dalam perkembangan sama, Mohd berkata program subsidi bagi sektor agro-makanan masih diteruskan namun pelaksanaannya akan dinilai dari semasa ke
01:05semasa berdasarkan keperluan.
01:07Ada perkara yang kita nampak dia boleh berdikari, tidak perlu lagi subsidi, maka kita akan hentikan. Itu yang kita ambil
01:15langkah sekarang.
Comments