Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
IATA menjangkakan prospek kargo udara kekal positif, meskipun berdepan risiko harga minyak, geopolitik dan ketidaktentuan tarif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Permintaan kargo udara global meningkat 3.9% pada Julai berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:06Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, AYATA, permintaan bagi operasi antarabangsa pula meningkat 4.7%.
00:17Dalam tempoh sama, kapasiti kargo udara global bertambah 1.7%, manakala kapasiti bagi operasi antarabangsa meningkat 1.8%.
00:27Naib Presiden Kanan bagi Kemampanan dan Ketua Ahli Ekonomi AYATA, Mary Owens Thompson berkata, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara
00:36menyumbang lebih 90% daripada keseluruhan peningkatan.
00:40Bagaimanapun pertumbuhan permintaan turut direkodkan di semua rantau.
00:44Kapal pengangkut kargo khas juga meningkatkan bahagian pasarannya ketika penghantaran kargo melalui ruang simpanan pesawat penumpang merosot.
00:52Perkembangan itu dipercayai mencerminkan permintaan terhadap penghantaran lebih besar atau khusus serta keperluan fleksibiliti operasi.
01:01AYATA menjangkakan prospek keseluruhan kekal positif di sokong aktiviti pembuatan, pesanan ekspor dan perdagangan global.
01:08Namun harga minyak yang lebih tinggi, ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan tarif terus menjadi risiko.
Comments

Recommended