00:00Sebanyak 69 layang-layang diterbangkan dari pantai Gaza, Palestine sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-69.
00:12Inisiatif itu melambangkan kasih sayang rakyat Palestine terhadap Malaysia yang teguh menyokong perjuangan mereka.
00:20Rakaman acara itu dikongsi NGO Cinta Gaza Malaysia, CGM, menerusi hantaran Instagram pada Ahad.
00:27Setiap layang-layang membawa pesanan terima kasih.
00:31Dengan sokongan rakyat, Malaysia disifatkan memberi kekuatan kepada penduduk Gaza.
00:36Mereka turut mendoakan, Malaysia terus menjadi negara merdeka, bermaruah dan mencintai keamanan.
00:44Di samping menegaskan, jarak tidak akan memutuskan hubungan kedua-dua rakyat.
00:49CGM memaklumkan, video berkenaan dirakam sebelum penduduk Gaza digesa menghentikan aktiviti menerbangkan layang-layang.
00:57Susulan ancaman tindakan ketenteraan Israel.
01:01Gesaan keselamatan itu dikeluarkan jawatan kuasa rakyat di Gaza pada 24 Ogos.
01:06Selepas Israel mengancam tindakan keras jika layang-layang terus diterbangkan dari wilayah tersebut.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments