00:00Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang dasyat di Nepal serta wilayah Tibet meningkat kepada 804 orang, manakala
00:08hampir 3,300 lagi masih hilang. Demikian menurut pihak berkuasa.
00:12Di Nepal, pihak polis berkata 788 mayat ditemukan di kawasan terjejas banjir, manakala 2,742 orang masih hilang, termasuk ratusan
00:24warga asing.
00:25pihak berkuasa, China pula melaporkan 16 kematian dan 546 orang hilang di Tibet.
00:33Operasi Mencari dan Menyelamat SAR giat dijalankan untuk mengesan 2,498 orang yang masih hilang, termasuk 933 pekerja projek hidroelektrik,
00:44589 warga asing, 127 rakyat Nepal yang melakukan perjalanan bersama pelancong asing serta penduduk dari beberapa daerah yang terjejas.
00:54Hampir 20,000 anggota keselamatan berjaya menyelamatkan 8,186 orang, manakala operasi menggunakan helikopter telah memindahkan 279 pekerja hidroelektrik dan
01:05227 warga asing ke tempat yang selamat.
01:09Usaha membantu mangsa terus dipergiat dengan penghantaran makanan dan keperluan asas, pengerahan pasukan perubatan serta pengagihan bantuan tunai kerajaan, lapor
01:17Nepal News.
01:18Bencana itu melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada Rabu apabila glasier runtuh secara tiba-tiba hingga mencetuskan aliran deras air
01:26dan puing melalui lembah Himalaya, memusnahkan perkampungan serta menyebabkan kerosakan terhadap infrastruktur utama.
01:33Operasi SAR turut berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi, kawasan pergunungan yang curam dan gaung yang sempit.
01:40Nepal memohon bantuan kepakaran bagi operasi menyelamat dalam terowong, teknologi pengesanan mangsa yang terselamat, analisis forensik dan DNA serta peralatan
01:50untuk mengawet mayat yang ditemukan.
Comments