Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pelan Tindakan Masjid Serantau 2026-2030 dicadang bagi memperkasakan institusi masjid di Asia Tenggara dengan sasaran jelas meliputi jaringan, belia, wakaf, kemanusiaan serta penilaian impak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Plan Tindakan Masjid Serantau 2026-2030 yang mempunyai garis masa, sasaran serta petunjuk pencapaian yang jelas perlu diwujudkan dalam usaha
00:10memperkasakan institusi masjid di rantau Asia Tenggara.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halil Walagama, Dr. Zulkifri Hassan berkata, pelan itu perlu dirangka sebagai langkah susulan selepas persidangan
00:22masjid serantau supaya hasilnya dapat diterjemahkan kepada gerak kerja yang mempunyai sasaran dan sebagai ukuran pencapaian dari tahun ke tahun.
00:34Beliau berkata pelan itu juga perlu mempunyai sasaran jelas termasuk penubuhan jaringan dan sekretariat, pengukuhan program ilmu, belia, wakaf dan
00:42kemanusiaan, pengembangan jaringan kelebih banyak negara ASEAN, pembentukan platform kerjasama masjid dunia Islam serta penilaian impak dan pembentukan agenda baharu.
00:52Beliau mencadangkan agar persidangan masjid serantau 2006 memberikan perhatian serius kepada 10 agenda strategik termasuk pembentukan jaringan masjid serantau, menjadikan
01:01masjid sebagai pusat ilmu, pemberdayaan belia, pengukuhan ekonomi umah dan rangkaian kemanusiaan.
01:08Sementara itu, Zulkifri berkata dalam memperkukuh peranan masjid, institusi itu mesti bersifat dekat dengan rakyat.
01:14Beliau menekankan aspek amanah terhadap dana dan wakaf dengan pihak pengurusan perlu berasaskan integriti, ketelusan, profesionalisme, accountability serta isan bagi
01:25meyakinkan masyarakat untuk menyumbang kepada masjid.
01:28Persidangan masjid serantau 2006 dengan tema masjid memperkasa umah global, kesatuan, kesejahteraan dan perbebasan Al-Aqsa menghimpunkan kepipinan masjid, ulamak
01:38serta aktivis masyarakat dari rantau Asia Tenggara.
01:41Persidangan bermula pada ahad itu disertai 200 peserta termasuk dari Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Turki.
01:49Antara lain pengisiannya termasuk persidangan, malam gala amal Palestine dan Al-Aqsa serta ceramah.
01:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended