00:00Dua jam perjalanan dengan bot dari Beluran, sebuah komuniti kecil di Pulau Keniungan, menyambut hari kebangsaan dalam keadaan yang jauh
00:09berbeza daripada masyarakat di bandar.
00:12Bekalan air bersih masih menjadi cabaran, manakala elektrik hanya dinikmati 18 jam sehari.
00:18Namun, di sebalik kekurangan itu, penduduk di pulau tersebut tetap mensyukuri kehidupan yang aman dan setiap kali tiba bulan kemerdekaan,
00:27seluruh kampung berubah wajah dengan kibaran jalur gemilang.
00:36Sambutan bermula sejak malam ambang merdeka apabila penduduk berkumpul menyertai pertandingan nyanyian lagu patriotik sebelum menanti detik jam 12.30
00:45malam.
00:46Kemeriahan diteruskan di sebelah pagi apabila penduduk pelbagai peringkat usia menyertai senam robik beramai-ramai.
00:53Tapi kami rasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi daripada kerajaan yang diberi.
01:00Walaupun cedar-cedar air bersih, elektrik tidak 24 jam, tapi Alhamdulillah sambutan dapat diraikan seperti berada di kawasan bandar.
01:10Kami berasa sangat bangga kerana dapat menjadikan program ini sebagai satu budaya yang dilesarikan kepada anak-anak generasi yang akan
01:20datang.
01:21Bagi Ketua Komuniti Madani Mukim Pulau, Muhammad Sabri Akli, keamanan yang dinikmati hari ini sendiri sudah menjadi satu nikmat yang
01:29perlu disyukuri.
01:30Semangat patriotik itu juga mahu terus dipertahankan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
01:37Jadi semangat patriotik yang ada di Kampung Pulau Penugan ini memang begitu boleh menjadi contoh kepada generasi yang akan datang.
01:45Mengingati perjuangan yang terdahulu, di mana mereka berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.
01:53Jadi kita amat merasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan dalam keadaan kita sekarang ini aman dan damai.
02:01Ya, untuk maklumat, walaupun kita punya elektrik ini tidak sampai 24 jam, ya, tapi semangat di sini bila ada sambutan,
02:15tak kira dia siang dan malam, mereka sentiasa datang, ya, berkaitan sama untuk sambutan tersebut.
02:23Kemuncak sambutan menyaksikan laungan merdeka, upacara menaikkan jalur gemilang dan bendera Sabah sebelum langit Pulau Kenyonggan diterangi persembahan bunga api.
02:34Ia menjadi satu-satunya malam dalam setahun apabila bunga api menghiasi langit pulau kecil itu.
02:40Mereka mungkin masih menanti bekalan air yang lebih baik dan elektrik 24 jam, tetapi rasa syukur dan cinta terhadap negara
02:49tidak pernah menunggu semuanya menjadi sempurna.
02:51Terima kasih kerana menonton!
Comments