Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu memeriksa seramai 4,884 warga asing menerusi 334 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri itu dari Januari hingga 15 Ogos lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia JIM Terengganu memeriksa lebih 4,800 warga asing menerusi 334 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri itu dari
00:10Januari hingga 15 Ogos lepas.
00:13Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Muhammad Yusri Muhammad Noh berkata daripada jumlah tersebut, seramai 1,257 orang pendatang asing tanpa izin
00:22parti telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
00:28Beliau berkata kebanyakan parti berkenaan ditahan dalam operasi secara bersepadu dengan kerjasama agensi seperti Majlis Keselamatan Negara MKM, pihak berkuasa
00:36tempatan PBT dan Polis Diraja Malaysia PDRM.
00:39Operasi itu menyaksikan kawasan berisiko seperti tapak pembinaan, rumah kediaman yang menggajikan warga asing, premis perniagaan, kawasan peladangan dan perumahan.
00:47Muhammad Yusri berkata daripada jumlah tangkapan itu, seramai 522 orang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6-1-C
00:55Akta Imigresen 1999-63 iaitu tidak memiliki dokumen atau permit yang sah.
01:01Katanya seramai 317 lagi ditahan kerana tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15-4 Akta Imigresen 1999 manakala 372 orang
01:10ditahan kerana salah guna PAS di bawah Peraturan 39-B Peraturan-Peraturan Imigresen.
01:16Sementara itu beliau berkata seramai 46 orang lagi dikesan melakukan pelbagai kesalahan lain.
01:21Katanya Jim Terengganu turut membuka 207 kertas siasatan berkaitan kesalahan imigresen sepanjang tempoh berkenaan menegah sebanyak 2.887 juta dolar
01:30kompaun telah dikutip.
01:32Sebanyak 727 individu pula telah didakwa di mahkamah, terdiri daripada 707 parti dan 20 majikan yang mengambil atau melindungi pendatang
01:39asing tanpa izin.
01:40Dari kes yang dibawa ke mahkamah, sebanyak RM602,000 denda telah direkodkan setakat ini.
01:46Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, sebanyak 2,376 tahanan telah diusir dari negara ini sepanjang tahun ini.
Comments

Recommended