00:00Sekali sekurang-kurangnya 8 orang maut, manakala 18 lagi masih hilang
00:03selepas sebuah feri yang membawa 267 penumpang dan kru
00:07terbalik di perairan Cyprus Utara pada Ahad.
00:11Dalam kejadian berhampiran Kairinia itu,
00:14seramai 241 individu berjaya diselamatkan
00:17selepas mereka ditemui berpaut dan berada di atas badan feri yang terbalik itu.
00:25Feri persendirian berkenaan Filojet berlepas dari pelabuhan Kairinia
00:29pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan
00:31dan menuju ke pelabuhan Tasuku di selatan Turki.
00:35Menurut pihak berkuasa, feri itu mula dimasuki air sejurus berlepas
00:39atas sebab yang masih belum dikenalpasti.
00:41Mangsu yang terselamat mendakwa feri berkenaan bergerak secara tidak stabil
00:45sebelum bahagian hadapannya pecah akibat hentaman kuat dengan permukaan air
00:49menyebabkan air mula memasuki kapal.
00:51Pihak berkuasa Cyprus Utara mengerahkan aset pengawal pantai
00:55dan bot awam ke lokasi kejadian bagi membantu membawa mangsa ke deratan.
01:00Kementerian Dalam Negeri Cyprus Utara memaklumkan
01:02empat kapal pengawal pantai Turki serta dua helikopter turut digerakkan
01:07bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
01:10Kapten feri dan tujuh anggota kru ditahan untuk membantu siasatan.
01:14Menjalan lewat petang, feri berkenaan dilaporkan tenggelam
01:16dan berada di dasar laut pada kedalaman kira-kira 514 meter.
01:20pihak berkuasa memaklumkan penyelam dari Turki
01:23akan membantu operasi mencari mangsa yang masih hilang.
01:27Pemimpin Cyprus Turki, Tufan Erhurman berkata
01:30operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan
01:32sehingga semua mangsa ditemui.
01:34Feri seperti Filojet merupakan antara perkhidmatan pengangkutan laut
01:37yang menghubungkan Cyprus Utara dengan Turki setiap hari.
Comments