Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sambutan itu mencerminkan semangat rakyat Malaysia di luar negara dalam menghayati makna kemerdekaan, selain terus memelihara identiti dan perpaduan walaupun berada jauh dari tanah air.
Transcript
00:00Semangat patriotisme rakyat Malaysia di luar negara tetap bersemarak menerusi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Tokyo, Jepun dan
00:11Canberra, Australia.
00:12Sambutan itu mencerminkan semangat rakyat Malaysia di luar negara dalam menghayati makna kemerdekaan selain terus memelihara identiti dan perpaduan walaupun
00:23berada jauh dari tanah air.
00:27Di Tokyo, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun menganjurkan upacara menaikkan jalur gemilang yang dipimpin Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk
00:35Ahmad Ruzian Abdul Ghani.
00:37Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan ikrar yang mencerminkan komitmen rakyat Malaysia untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian sosial
00:46dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
00:49Kedutaan Malaysia di Tokyo turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia di Jepun serta di seluruh dunia selain
00:57menyeru agar semangat cintakan negara terus dipelihara walaupun berada di perantauan.
01:02Sementara itu di Canberra, upacara menaikkan jalur gemilang turut diadakan dengan penyertaan warga Suranjaya Tinggi Malaysia,
01:10perwakilan Malaysia di Canberra, anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM, Association of Malaysian Muslim Families, AMMF, serta pelajar dan diaspora Malaysia.
01:20Percara berkenaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan ikrar serta nyanyian lagu tema sambutan tahun ini, Aku Perjanji.
01:28Pesuduh Jaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datin Paduka Syarina Abdullah dalam ucapannya mengimbas kembali sejarah perjalanan negara
01:36serta turut menekankan kepentingan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda sebagai kesinambungan usaha membina masyarakat Malaysia bersatu dan
01:48harmoni.
Comments

Recommended