00:00Situasi jerebu di Sarawak masih belum menunjukkan pemulihan ketara dengan empat kawasan kekal mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada
00:11tahap bahaya setakat enam petang.
00:13Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, IPU di Stesen Pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Serian turun sedikit
00:22kepada 438 berbanding 445 pada lima petang.
00:27Namun bacaan di Kuching meningkat daripada 366 kepada 376 diikuti Samarahan 353 dan Seri Aman 335.
00:40Empat kawasan pula merekodkan IPU sangat tidak sihat iaitu Sarike dengan bacaan 285, Sibu 249, Mukah 217 dan Samalaju 205.
00:52Samalaju sebelum ini berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 197 pada lima petang.
01:00Antara kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Bintulu 182, ILP Miri dan Miri masing-masing 176, Kapit 168 serta
01:12Labuan 165.
01:13Di Semenanjung, Sungai Pertani mencatatkan bacaan 154, Seberang Perai 152, Seberang Jaya 146 dan Minden 145.
Comments