Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
China pada Ahad mengerahkan 110 anggota penyelamat bersama 28 jentera berat bagi membersihkan runtuhan di beberapa bahagian Lebuh Raya Nasional G216, yang menjadi penghubung jalan raya utama di kawasan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan penyelamat bertungkus lumus membuka semula laluan utama kepelabuhan sempadan Girong di barat daya wilayah otonomi Zijang selepas aliran lumpur
00:08pada Rabu memutuskan hubungan darat sekaligus menyukarkan akses ke kawasan paling terjejas.
00:15Aliran lumpur berkenaan dicetuskan oleh runtuhan glacia di utara Nepal yang menyebabkan aliran deras lumpur dan air berempuh kawasan sempadan
00:23dua negara itu.
00:26Tragedi itu setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa di Girong manakala ratusan lagi dilaporkan hilang.
00:34Usaha kini dipergiatkan bagi memulihkan akses ke kawasan yang terputus hubungan dengan harapan dapat menemukan 546 orang yang masih hilang
00:43akibat bencana berkenaan.
00:45Kerajaan China pada ahad mengerahkan 110 anggota penyelamat bersama 28 jentera berat bagi membersihkan runtuhan di beberapa bahagian lebuh raya
00:54nasional G216 yang menjadi penghubung jalan raya utama di kawasan berkenaan.
01:01Bagaimanapun, bentuk muka bumi menyukarkan operasi menyelamat.
01:05Tapak operasi terletak di tebing curam menyebabkan ruang untuk jentera berat beroperasi secara serentak amat terhad.
01:12Pasukan penyelamat turut berdepan ke sukaran pada Sabtu apabila hujan lebat, suhu rendah dan kabus tebal menjejaskan operasi mencari dan
01:21menyelamat.
01:22Selepas keadaan cuaca bertambah baik, pasukan penyelamat menggunakan drone berkapasiti angkut berat untuk menghantar makanan dan bekalan kepada anggota penyelamat
01:31lain yang telah bergerak lebih jauh ke hadapan dengan berjalan kaki.
01:35Sekaligus memastikan operasi mencari dan menyelamat dapat diteruskan.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended