Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, Sarawak mempertimbangkan pelaksanaan operasi pembenihan awan awal September susulan keadaan jerebu berterusan dan semakin memburuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sarawak mempertimbangkan pelaksanaan operasi pembenihan awan awal September, susulan keadaan jerebu berterusan dan semakin memburuk.
00:09Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Lentalif Saleh berkata,
00:14keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada hasil pemantauan berterusan terhadap keadaan jerebu dan kesannya di Sarawak.
00:22Menurut beliau, operasi pembenihan awan bukan sahaja bertujuan mengurangkan bacaan indeks pencemaran udara IPU.
00:30malah membantu meningkatkan takungan air di empangan.
00:36Pembenihan awan ini bukan sahaja mengurangkan jerebu ini tetapi untuk meningkatkan takungan air di dam dan sebagainya.
00:53That is the impact of pembenihan awan ini.
00:56kalau kita lihat dari segi suplai air, pada masa ini masih dalam kawalan.
01:02Dalam pada itu, Sarawak bersedia menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi membantu menangani situasi jerebu khususnya di Kalimantan Barat.
01:12Datuk Lentalif berkata Sarawak terbuka untuk menyeluruhkan bantuan mengikut kapasiti yang ada termasuk aset agensi berkaitan sekiranya diperlukan.
01:20We will offer our bantuan kepada Indonesia sekiranya diperlukan.
01:26Nah memang diperlukan tetapi whatever it is, kita memohonlah kepada mereka supaya mereka memberi kerjasama untuk kita memanjangkan kelan ini.
01:46Katanya Sarawak juga akan terus tertibat dalam perbincangan di peringkat negeri dan persekutuan bagi mencari pendekatan terbaik untuk membantu meredakan
01:55keadaan jerebu rentas sempadan.
01:57Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Kuching pada Ahad.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended