00:00Kerajaan bersetuju mengembalikan had kelayakan asas subsidi petrol Budi 95 kepada 300 liter sebulan bermula selasa ini.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu membolehkan lebih 16 juta pengguna menikmati petrol Ron 95 bersubsidi.
00:18Manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pick-up dan jeep yang layak akan menerima subsidi Budi diesel sehingga
00:28400 liter sebulan.
00:32Maka di ambang kemerdekaan ini, saya terpaksalah berikhtiar mencari jalan, mengambil langkah dan mengumumkan sesuatu yang boleh melegakan sementara.
00:44Pertama, kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas Budi 95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan.
01:00Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan kebiasaannya akan menunggu pembentangan belanjawan negara untuk mengumumkan sebarang inisiatif baru.
01:08Namun, tekanan kos hari hidup yang dihadapi rakyat serta keperluan perniagaan untuk berkembang memerlukan tindakan segera tanpa menunggu sehingga Oktober.
01:17Belia berkata demikian semasa berucap di Amanat Perdana Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya pada Ahad.
Comments