00:00Timbalan Menteri Luar Iran, Kazim Ghoribabadi memaklumkan bahawa Teheran telah mencapai persefahaman dengan Oman berhubung Selat Hormuz.
00:09Bagaimanapun beliau menegaskan, Iran tidak tergesa-gesa untuk membuka semula laluan strategik berkenaan.
00:16Menurut Ghoribabadi, persetujuan tersebut tidak akan memasuki fasa pelaksanaan,
00:21melainkan Amerika Syarikat terlebih dahulu memenuhi segala komitmen dan kewajipannya.
00:25Beliau turut menekankan bahawa Selat Hormuz kini ditutup sepenuhnya dan menegaskan tiada sebarang kapal dibenarkan melintasi laluan itu tanpa penyelarasan
00:34serta kebenaran rasmi daripada Iran.
00:37Tambah Ghoribabadi, Iran memegang kawalan penuh ke atas semua pergerakan di Selat Hormuz.
00:43Sehubungan itu, beliau menyelar dawaan Amerika Syarikat kononnya kapal bebas melintasi Selat tersebut sebagai sesuatu kenyataan yang tidak benar sama
00:53sekali.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments