Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 5 petang Ahad melibatkan Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada tahap berbahaya setakat 5 petang Ahad.
00:07Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, Jabatan Alam Sekitar,
00:13bacaan IPU di stesen pemantauan ibu pejabat polis daerah IP di Serian mencecah 435.
00:20Manakala Samarhan dan Kucing masing-masing mencatatkan bacaan IPU 336 dan 320.
00:27Dua kawasan mencatatkan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Seri Aman dengan bacaan 253 dan Sarikeh 205.
00:38Kawasan-kawasan tersebut dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa memantuhi arahan serta nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
00:47Bacaan IPU antara kosong hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat,
00:56201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.
Comments

Recommended