00:00Agrobank dan Jabatan Perikanan Malaysia memperkukuh usaha memodernkan dan kelestarian industri perikanan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta.
00:11Peruntukan itu menerusi pelancaran skim pembiayaan pemacu perikanan tangkapan pemacu dan skim geran padanan penggantian vesel Pukat Tunda Zon B
00:22dan Pukat Kenka 2 Bot Pengganti.
00:26Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Ahmad Arief berkata, pemodenan peralatan nelayan penting bagi meningkatkan hasil tangkapan serta memenuhi keperluan sumber
00:37makanan negara.
00:38Program ini dapat membantu memodernkan ekipmen-ekipmen nelayan supaya jumlah tangkapan mereka lebih banyak dan usaha mereka untuk mengani peningkatan
00:51kos dan untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk menampung keperluan sumber perikanan di Malaysia.
01:01Kita sangat memainkan peranan yang sangat tinggi untuk menggiatkan sektor makanan negara untuk membantu kerajaan mencapai keterjaminan makanan di Malaysia.
01:16Selain sokongan kewangan di bawah pemacu dan pengganti, Agrobank dan Jabatan Perikanan turut bekerjasama dalam melaksanakan program pembangunan kapabiliti dan
01:27peningkatan kapasiti bagi golongan sasar yang dikenalpasti menerusi program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam.
01:35Pembiayaan di bawah pemacu sehingga RM10 juta disediakan bagi perolehan vesel moden manakala sehingga RM500,000 bagi kerja ubah suai,
01:45mekanisasi dan otomasi vesel.
01:48Bagi pengganti pula, geran padanan ditawarkan pada nisbah 70-30 iaitu 70% geran dan 30% daripada sumber pemilik
01:58tertakluk kepada syarat kelayakan.
02:00Selain bantuan kewangan, Agrobank bersama Jabatan Perikanan turut melaksanakan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam bagi meningkatkan kapabiliti serta kapasiti
02:11pemain industri.
02:12Kita banyak membantu dari segi pembiayaan kerana ini dapat membantu mereka menggiatkan lagi peniagaan mereka supaya lebih berkembang.
02:24Selain daripada itu, Agrobank juga memberi khidmat tambahan untuk membantu usaha-usaha di dalam sektor kita ini.
02:35Contohnya, kita ada khidmat nasihat, kita ada khidmat coaching di mana kita memberi khidmat untuk menggiatkan cara dia menjalankan peniagaan
02:47mereka.
02:47Program Berkenaan merupakan antara inisiatif yang ditampilkan Agrobank sempena pameran pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia Maha 2026
02:58yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MIMS sehingga 6 September ini.
03:04Terima kasih telah menonton!
Comments