00:00Pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia Smart kini berada dalam keadaan siap-siaga untuk digerakkan ke Nepal pada bila-bila
00:07masa.
00:07Bagaimanapun pergerakan pasukan itu masih menunggu keputusan rasmi kerajaan Nepal untuk menerima kemasukan bantuan Malaysia.
00:16Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA memaklumkan segala penyelarasan berkaitan misi berkenaan sedang dilaksanakan bersama Kementerian Luar.
00:25Ia susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur gerak Smart bagi membantu operasi mencari dan menyelamat SAR
00:34susulan bencana banjir di Nepal.
00:38Komander Smart Penguasa Kanan Bomber 1 Abdul Manaf C. Isa berkata, anggota pasukan itu bersemangat tinggi dan sedang melengkapkan persiapan
00:46untuk bergerak pada bila-bila masa.
00:49Persiapan itu dilakukan meskipun sebahagian anggotanya turut terlibat dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 pada Isnin.
00:58Selain membantu operasi SAR, Smart turut diamanahkan mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas serta membantu kedutaan besar Malaysia
01:07di Nepal menyelaras bantuan.
Comments