Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar sambutan Hari Kebangsaan esok berlangsung lancar dengan semua pihak terlibat memberikan usaha terbaik bagi menjayakannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar sambutan Hari Kebangsaan esok berlangsung lancar dengan semua pihak
00:09terlibat memberikan usaha terbaik bagi menjayakannya.
00:12Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
00:21Ibrahim di Istana Bukit Tungko.
00:23Dalam pertemuan itu, Baginda terus dipersembahkan pelbagai perkembangan terkini dalam negara termasuk persiapan sambutan Hari Kebangsaan.
00:32Anwar dijadualkan menyampaikan amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC Putrajaya Petang Ahad dan mengumumkan beberapa ikhtiar
00:42penting yang menyentuh kebimbangan serta kehidupan rakyat.
00:45Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bertemakan Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati dijadualkan bermula 8 pagi Isnin di Dataran Putrajaya dengan penyertaan
00:5510,819 peserta berbarisan melibatkan 76 kontijen dan 22 pasukan pancaragam.
01:03Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarif Sofia dijadual berangkat menyaksikan sambutan berkenaan.
Comments

Recommended