Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Serangan dron Rusia ke atas sebuah depot senjata tentera Ukraine berhampiran Kyiv mencetuskan letupan besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang. Insiden itu turut mencetuskan siasatan terhadap dakwaan kecuaian penyimpanan bahan letupan berhampiran kawasan perumahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 37 orang maut, manakala hampir 400 penduduk dipindahkan selepas serangan drone Rusia mencetuskan letupan besar di sebuah depo
00:09senjata tentera Ukraine berhampiran Kiev.
00:11Menurut Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky, serangan itu menyebabkan peluru, periuk api dan drone yang disimpan di depo berkenaan meletup dan
00:19merosakkan kawasan perumahan berhampiran.
00:23Beliau penyifatkan penyimpanan bahan letupan berhampiran penempatan awam sebagai sesuatu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali.
00:30Tambahnya, siasatan telah dijalankan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab terhadap apa yang dianggap sebagai kecuaian serius.
00:39Empat kanak-kanak antara 42 mangsa yang cedera dalam kejadian itu. Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di
00:47kawasan terjejas di daerah Buka.
00:49Letupan turut merosakkan kira-kira 130 buah rumah di kampung Mila yang terletak berhampiran depo perkenaan.
00:58Penduduk tempatan berkata banyak kediaman mengalami keretakan serius pada serutur bangunan akibat gelombang letupan.
01:04Zelensky turut maklumkan siasatan jenayah telah dibuka bagi meneliti keputusan menempatkan bahan letupan berhampiran kawasan perumahan.
01:12Insiden itu merupakan kali kedua depo peluru berhampiran Kyiv menjadi sasaran dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended