00:00Nepal merayu bantuan kepakaran antarabangsa bagi membantu operasi menyelamat bangsa yang dipercayai masih terperangkap di dalam terowong hidroelektrik sesuai dengan
00:09bencana banjir besar yang melanda negara itu.
00:12Menteri Luar Nepal, Shishir Khanal berkata, lebih 4,451 orang berjaya diselamatkan setakat ini, termasuk lebih 187 warga asing.
00:23Khanal berkata, sebuah pasukan peninjau teknikal dari India yang terdiri daripada 11 pakar penyelamatan terowong telah digerakkan ke kawasan bencana.
00:32Pada masa sama, sebuah pasukan penyelamat terowong dari China dijangka tiba dalam masa terdekat bagi memperkukuh operasi mencari dan menyelamat.
00:41Menurut beliau, bantuan antarabangsa turut diperlukan dalam bidang analisis forensik, ujian DNA serta pengurusan mayat berikutan jumlah korban yang semakin
00:51meningkat.
00:52Sementara itu, Menteri Kewangan Nepal, Swarnim Weigel berkata, operasi mencari mangsa yang dipercayai terperangkap berhampiran projek hidroelektrik merupakan cabaran besar
01:02kepada pasukan penyelamat.
01:03Beliau tidak menolak kemungkinan, masih terdapat mangsa yang terselamat tetapi terperangkap di kawasan hutan berhampiran sempadan Nepal, China.
01:12Dalam masa sama, kerajaan mempercepatkan pengagihan bantuan kemanusiaan selepas 19 jambatan utama musnah akibat banjir.
01:19Menurut Weigel, kemusnahan infrastruktur tersebut menyebabkan banyak kampung terputus hubungan dan berdepan kekurangan bekalan makanan.
01:27Beliau berkata golongan wanita, kanak-kanak dan warga muda antara yang paling terkesan akibat kesukaran mendapatkan bantuan.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments