00:00Afrika Selatan mengemukakan dokumen komprehensif kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ berhubung dawaan kegagalan Israel mematuhi langkah sementara yang diperintahkan mahkamah
00:10dalam kes Genosid Gaza.
00:13Menurut Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Israel gagal mematuhi arahan berkenaan walaupun langkah sementara yang dikeluarkan ICJ itu
00:21adalah seraras di sisi undang-undang.
00:26Dokumen itu dikemukakan susulan dawaan bahawa rakyat Palestine di Gaza terus berdepan keadaan kemanusiaan yang buruk walaupun perintah mahkamah telah
00:34dikeluarkan.
00:35Afrika Selatan berkata penduduk Gaza yang terselamat terus hidup dalam keadaan trauma dan serba kekurangan di kawasan yang semakin mengecil.
00:43Tambahnya Israel telah melanggar genjatan senjata sejak Otober tahun lalu serta mengorbankan lebih 1,300 rakyat Palestine dan mencederakan lebih
00:514,300 yang lain.
00:54Afrika Selatan menegaskan mereka akan terus menggunakan semua saluran yang ada bagi memastikan Israel mematuhi sepenuhnya perintah ICJ.
01:02Langkah sementara itu bertujuan melindungi hak rakyat Palestine di bawah konvensyen Genosid sementara menunggu keputusan muktamad mahkamah.
01:10Afrika Selatan memfailkan kes itu pada Disember 2023 dengan menuduh Israel melanggar konvensyen pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB mengenai penjagaan
01:20dan hukuman jenayah Genosid.
01:21ICJ kemudiannya mengeluarkan beberapa perintah langkah sementara bagi menghalang tindakan yang boleh melanggar konvensyen berkenaan.
Comments