Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Tentera Nepal memaklumkan seramai 468 mangsa berjaya diselamatkan susulan bencana banjir besar akibat runtuhan glasier di Himalaya. Setakat ini 669 maut di Nepal, tujuh di Tibet dan hampir 3,000 lagi masih hilang. Nepal turut meminta bantuan antarabangsa bagi operasi pemulihan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tentera Nepal telah menyelamatkan 468 mangsa ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan, susulan bencana banjir besar melanda kawasan Himalaya.
00:09Menurut pihak tentera, mereka yang diselamatkan terdiri daripada 418 warga Nepal, 42 warga China dan 8 warga India.
00:20Seorang pegawai tentera berkata pasukan penyelamat turut melaksanakan 274 penerbangan ulang alik helikopter bagi menghantar bantuan kemanusiaan dan mencari mangsa
00:30yang masih terperangkap.
00:32Bagaimanapun, hampir 3,000 individu masih dilaporkan hilang di Nepal dan wilayah Tibet, China beberapa hari selepas runtuhan Malaysia yang
00:41mencetuskan aliran deras batu, ais, lumpur dan serpihan ke sistem sungai pergunungan.
00:46Setakat ini, sekurang-kurangnya 669 orang disahkan maut di Nepal, manakala tujuh lagi terbunuh di Tibet, menjadikan tragedi itu antara
00:56bencana paling dahsyat yang pernah melanda rantau tersebut.
01:00Menteri Kewangan Nepal maklumkan anggaran awal kerajaan menunjukkan kos pembinaan semula infrastruktur dan kawasan terkesan boleh mencecah antara 4 hingga
01:095 bilion dolar Amerika.
01:11Pihak berkuasa Nepal kini meneruskan usaha mengesan mangsa hilang sambil menyalurkan bantuan kepada ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat
01:20bencana tersebut.
01:21Terima kasih.
01:23Terima kasih.
Comments

Recommended