Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pelumba CKJ Racing, Farres Putra Mohd Fadhil meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu. Insiden itu berlaku seawal pusingan pertama perlumbaan dan kini akan diteliti mengikut prosedur sukan serta keselamatan yang ditetapkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dunia sukan permotoran negara berduka apabila pelumba CKJ Racing Fariz Putra Mohamad Fadil meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika
00:09pelumbaan kelas CP150 kejuaran Cup Prix Malaysia pada Sabtu.
00:14Menurut Persatuan Sukan Bermotor Malaysia MAM, insiden itu berlaku di Sleko 3 seawal pusingan pertama pelumbaan di Litar Permotoran Terengganu.
00:24Fariz Putra menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan di Litar sebelum dikejarakan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk
00:32mendapatkan rawatan lanjut.
00:34Bagaimanapun, MAM maklumkan pelumba berkenaan disahkan meninggal dunia di hospital walaupun segala usaha telah dilakukan oleh pasukan perubatan.
00:43Sesualah insiden berkenaan, pelumbaan kategori Pro-M yang dijadual berlangsung selepas itu turut dibatalkan.
00:49MAM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allah Yarham, pasukan CKJ Racing dan seluruh komuniti sukan permotoran negara.
00:58Menurut MAM, keadaan dan punca sebenar kemalangan akan diteliti mengikut prosedur sukan serta keselamatan yang ditetapkan.
01:05Persatuan itu turut meminta semua pihak menghormati privasi keluarga Allah Yarham sepanjang tempoh berkenaan.
Comments

Recommended