00:00China mengesahkan bantuan kecemasan dan kemanusiaan kepada Nepal sedang dilaksanakan
00:05sesuatu dalam bencana runtuhan Malaysia yang mengorbankan ratusan nyawa di kawasan sempadan kedua-dua negara.
00:10Menteri Luar China, Wang Yi berkata, sebagian bekalan bantuan dijangka tiba di Kathmandu dalam masa terdekat
00:16sebagai antara usaha membantu Nepal menangani krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
00:23Wang Yi menyifatkan insiden itu sebagai bencana rentas sempadan paling serius
00:28antara China dan Nepal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
00:32Beliau berkata Presiden China Xi Jinping telah mengeluarkan arahan segera
00:35bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan tindak balas kecemasan.
00:40Manakala Perdana Menteri China Li Chang turun sendiri ke kawasan terjejas
00:43bagi menyelaras operasi di lapangan.
00:46Menurut beliau, walaupun China turut terkesan akibat bencana tersebut,
00:50Beijing tetap bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada Nepal.
00:54China telah berkongsi imej satelit, data hidrologi dan maklumat amaran awal
00:59berkaitan tasik halangan yang terbentuk di kawasan hulu sungai.
01:03Wang Yi turut memaklumkan bahawa rakyat Nepal yang terkandas di wilayah China
01:08telah diberikan bantuan sewajarnya dan akan dihantar pulang secepat mungkin.
01:13Dalam pada itu, beliau berharap Nepal terus membantu usaha memindahkan
01:16serta mengesan rakyat China yang masih berada di kawasan terjejas.
01:20Sementara itu, Menteri Luar Nepal, Shisekanal menyampaikan ucapan takziah
01:25daripada kepimpinan Nepal kepada kerajaan dan rakyat China
01:29serta keluarga mangsa yang terkorban.
01:31Beliau turut merakamkan perhargaan atas bantuan kemanusiaan yang diberikan Beijing.
01:36Katanya, Nepal akan terus bekerjasama rapat dengan China
01:39dalam usaha menyelamat dan mengesan rakyat kedua-dua negara yang masih hilang.
Comments