00:00Pasukan penyelamat China terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat SAR di kawasan teras bencana di pelabuhan Girong, Sempadan China, Nepal.
00:09Susulan tragedi banjir dan tanah runtuh besar melanda kawasan itu Rabu lalu.
00:13Operasi kini turut memberi tumpuan kepada pembukaan semula laluan darat dan pemulihan rangkaian komunikasi yang terputus.
00:22Pasukan penyelamat darat Sichuan meneruskan operasi pencari yang berasaskan grid bagi memastikan tiada kawasan terlepas daripada pemeriksaan.
00:30Operasi turut melibatkan pemeriksaan terperinci di lokasi tanah runtuh yang menjejaskan pelabuhan Girong, salah satu pintu masuk utama antara China
00:38dan Nepal.
00:39Sehingga Jumat malam, Lebuh Raya Nasional 216 berjaya dibuka sehingga kira-kira 1.7km dari pelabuhan berkenaan hasil usaha bersama
00:48pelbagai agensi penyelamat.
00:50Syarikat milik kerajaan China Aneng turut menghantar lebih 10 unit jentera berat bagi mempercepatkan kerja pembersihan jalan dan memulihkan akses
00:58ke kawasan terjejas.
01:00Pada masa sama, kerja pemulihan rangkaian komunikasi turut dipergiatkan bagi memudahkan operasi menyelamat.
01:06Data terkini Kementerian Sumber Air China menunjukkan keluasan tasik takungan yang terbentuk akibat runtuhan di hulu pelabuhan Girong semakin berkurangan,
01:15menandakan air mula mengalir keluar secara berperingkat.
01:18Bagaimanapun hujan lebat yang melanda daerah Girong pada awal pagi Sabtu serta ramalan hujan berterusan dijangka menyukarkan usaha menyelamat.
01:26Kementerian Sumber Air China menunjukkan pelbagai agensi penyelamat.
Comments