00:00Baik, satu sesi pertemuan dan taklimat akan diadakan pada Ahad bersama dengan keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan
00:07susulan banjir kilat dasyat dan insiden tanah runtuh di Nepal.
00:12Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata taklimat itu melibatkan Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara dan agensi berkaitan.
00:21Langkah itu bagi memberi penerangan lanjut mengenai usaha mengesan serta mencari mangsa dikategorikan sebagai hilang.
00:27Beliau berkata Wisma Putra juga sedia menguruskan perjalanan keluarga terlibat ke Nepal sekiranya perlu namun akses ke lokasi bencana adalah
00:36sukar berikutan masalah perhubungan termasuk jambatan yang terputus.
00:41Muhammad berkata bilir operasi kementerian beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan rakyat Malaysia yang terjejas.
00:47Selain itu Wisma Putra berhubung rapat dengan kementerian luar Nepal serta agensi berkaitan untuk mendapatkan perkembangan lanjut.
00:54Beliau berkata kedutaan Malaysia di Katmandu turut menerima tambahan petugas bagi membantu menguruskan keperluan berkaitan rakyat negara ini dan keluarga
01:02mereka yang masih belum dapat dikesan.
Comments