Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Bertemakan “Revolutionizing Medical Technology: Powering Tomorrow’s Era of Healthcare”, IMDEC 2026 berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos di Dewan 4 dan 5, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), menghimpunkan pemain industri, pengawal selia, pelabur, penyelidik, organisasi penyelidikan serta profesional kesihatan dalam satu platform.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya perkembangan teknologi perubatan dengan inovasi baharu dilihat mampu memperkasa sistem penjagaan kesihatan dan industri tempatan.
00:09Malah Malaysia tidak terkecuali dan menyasarkan peranan lebih besar sebagai hub inovasi dan industri peranti perubatan di rantau ASEAN menerusi
00:18International Medical Device Exhibition and Conference atau IMDEC 2026.
00:25Menurut Ketua Ezeketif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan atau MDA, Datuk Teknologis Dr. Marilataran Paramaswa, platform itu menjadi wadah penting untuk
00:34memperkenalkan produk peranti perubatan tempatan kepada pasaran global selain membuka ruang kepada pelaburan dan kerjasama baharu.
00:42Objektif penganjuran IMDEC adalah untuk kita menghimpunkan stakeholder-stakeholder peranti perubatan terutamanya investor dan juga pemain industri, akademia, research organization,
00:59semua itu dalam satu platform utama dalam negara untuk kita memperkenalkan produk-produk peranti perubatan yang berteknologi tinggi.
01:07Terutamanya kepada tempatan, kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan peranti perubatan yang telah dihasilkan oleh mereka kepada global.
01:18Beliau berkata demikian pada IMDEC 2026 yang membawa tema Revolutionizing Medical Technology, Powering Tomorrow's Era of Healthcare pada Khamis.
01:27Berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos di Kuala Lumpur Convention Center, IMDEC 2026 menghimpunkan pemain industri, pengawal selia, pelabur, penyelidik
01:38serta profesional kesihatan dalam satu platform.
01:40Dalam sesama, moral letaran turut menekankan kepentingan keselamatan dan pematuhan kawal selia, khususnya apabila berdepan ledakan tawaran produk kesihatan kepada
01:49orang ramai.
01:50Setiap peranti perubatan perlu melalui satu proses penilaian dan pengujian yang dijalankan oleh MDA.
01:58MDA akan menilai berdasarkan kepada ujian-ujian dan konformity assessment yang telah dijalankan.
02:04Jadi setiap produk ini akan melalui satu penilaian proses, proses penilaian dan juga akan ditentukan kesahian produk tersebut.
02:13Selepas didaftarkan ataupun selepas disahkan iaitu selamat digunakan oleh MDA, baru produk itu akan dilancarkan, akan dijual ataupun akan digunakan
02:23oleh mana-mana pihak.
02:24IMDEC 2026 terus menjadi platform untuk memacu pelaburan strategik, kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta menyelaras kawal selia dalam industri peranti
02:33perubatan.
02:34Seiring aspirasi NINP 2030, MDA mahu Malaysia bergerak dari negara pengguna kepada negara pengeluar peranti perubatan berteknologi tinggi sekaligus memperkasa
02:45kedudukan negara sebagai hub medtech di ASEAN.
Comments

Recommended