00:00Dua lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan SUV yang dinaiki terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kenderaan dan merempuh
00:08tiang lampu di jalan Gua Musang, Kuala Lipis, Bukit Lanjut pada Khamis.
00:13Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supertenden Sik Chun Fu berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.24
00:21pagi.
00:24Siasatan awal mendapati anggota polis yang menjalankan pemeriksaan kenderaan di kilometer 16 mengesan sebuah Proton X-70 dalam keadaan mencurigakan.
00:33Kenderaan itu kemudian berpatah balik menghala ke Bandar Gua Musang sebelum diekori polis bagi tujuan pemeriksaan.
00:41Setibanya di lokasi kejadian, SUV berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian sisi belakang sebuah Toyota
00:49Hilux.
00:50Kenderaan itu kemudian terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tiang lampu.
00:55Seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
01:03Beberapa individu lain yang berada dalam Proton X-70 berkenaan mengalami kecederaan dan turut dibawa ke hospital untuk rawatan.
01:11Pemandu serta anggota di dalam kenderaan polis dan pemandu Toyota Hilux pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
01:17Polis masih mengenal pasti identiti semua individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments