Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Kes kesihatan berkaitan pernafasan mencatat peningkatan ketara susulan situasi jerebu yang melanda beberapa kawasan dalam negara ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kes kesihatan berkaitan pernafasan mencatat peningkatan ketara susulan situasi jerebu yang berlanda beberapa kawasan dalam negara ketika ini.
00:09Kementerian Kesihatan KKM dalam kenyataan memaklumkan jangkitan saluran pernafasan akut, URTI, merekodkan lonjakan sehingga 124.4%.
00:22Jelas KKM kes berkaitan URTI melonjak kepada 3,674 kes pada minggu epidemiologi ME ke-33 berbanding 1,637 kes
00:33pada ME-32.
00:34Dalam tempoh sama, kes asma mencatat peningkatan sebanyak 259% kepada 158 kes berbanding 61 kes sebelumnya, manakala kes konjaktivitis
00:46menurun daripada 157 kes pada ME-32 kepada 146 kes pada ME-33.
00:54Sehubungan itu, KKM terus mempergiatkan pemantauan penyakit berkaitan jerebu setiap hari melalui fasiliti kesihatan sentinel jerebu.
01:02KKM juga akan meningkatkan kesiapsagaan dan respon bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan awam.
01:09Ia termasuk memperkukuh surveilan penyakit berkaitan jerebu serta perkhidmatan perubatan di fasiliti kesihatan bagi memastikan pesakit menerima penilaian dan rawatan
01:19sewajarnya.
01:20Selain itu, KKM akan memastikan keperluan petugas kesihatan, bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan di hospital serta klinik kesihatan sentiasa
01:30mencukupi bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit.
01:34KKM menasihatkan sebarang penganjuran acara luar yang melibatkan aktiviti fizikal lasak supaya ditangguhkan.
01:41Selain itu, KKM mengingatkan golongan penghidap penyakit respiratori kronik dan sakit jantung untuk mematuhi jadual pengambilan ubatan dan segera mendapatkan
01:50rawatan sekiranya tidak sihat.
Comments

Recommended