00:00Jerebu tebal akibat kebakaran hutan mengelubungi bandar Pontianak di Kalimantan Barat, Indonesia pada Khamis sekaligus mengurangkan jarak penglihatan, menjejaskan operasi
00:09penerbangan dan mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan penduduk.
00:13Pihak berkuasa turut melaporkan peningkatan mendadak jumlah titik panas di seluruh wilayah Kalimantan Barat ketika kebakaran hutan dan tanah terus
00:21berlaku.
00:22Penduduk khususnya melahirkan kebimbangan terhadap kesan jerebu terhadap kesihatan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
00:29Agensi Meteorologi Indonesia berkata jarak penglihatan di beberapa kawasan di Kalimantan Barat dilaporkan merosot sehingga kurang daripada 1km pada awal
00:40pagi sejak dua hari lalu.
00:42Keadaan itu turut menjejaskan operasi penerbangan di kawasan berkenaan.
00:45Indonesia sering berdepan kebakaran hutan dan tanah gambut ketika musim kemarau dengan asap daripada kebakaran berkenaan bukan sahaja menjejaskan penduduk
00:53tempatan di Kalimantan dan Sumatera malah berpotensi merebak ke negara-negara jiran.
01:00Terima kasih telah menonton!
01:01Terima kasih telah menonton!
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments