Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Wisma Putra berkata pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa Nepal berhubung maklumat tular di media sosial mendakwa ada rakyat Malaysia terkorban.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Luar belum menerima sebarang pengesahan rasbi mengenai kemalangan jiwa yang melibatkan warga negara Malaysia susulan bencana banjir di daerah
00:09rasuah Nepal.
00:10Wisma Putra berkata pihaknya melalui kedutaan besar Malaysia di Katmandu, giat mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa Nepal berhubung maklumat tular
00:19di media sosial, mendakwa ada rakyat Malaysia terkorban.
00:23Wisma Putra menggesa orang awam supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan, selain meminta pengamal media agar
00:31tidak menerbitkan atau menyebarkan laporan berhubung dawaan berkenaan.
00:36Tambah Wisma Putra, penyebaran maklumat tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan dan tekanan yang tidak sepatutnya kepada ahli keluarga terlibat.
00:45Pegawai Konsular di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing turut diaktifkan bagi membantu mendapatkan
00:53maklumat daripada pihak berkuasa berkaitan.
00:56Bilik operasi kementerian di Putrajaya telah beroperasi sejak 12 tengah hari Khamis bagi menyelaras maklumat dan menyediakan saluran komunikasi langsung
01:04kepada warga negara Malaysia di kawasan terjejas.
Comments

Recommended