00:00Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat perlu diterjemahkan melalui tindakan dan bukan sekadar dizahirkan menerusi simbol seperti mengibarkan jalur gemilang.
00:10Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Komuniti atau JECOM, Datuk Dr. Budiman Muhammad Zohdi berkata,
00:16patriotisme merupakan rasa cinta, setia dan bangga terhadap negara yang perlu disemai dalam diri setiap rakyat tanpa mengira latar belakang.
00:28Beliau berkata, mengibarkan jalur gemilang tidak membawa makna sekiranya rakyat tidak memahami simbol itu dan tidak mempunyai rasa cinta, setia
00:36serta bangga terhadap negara.
00:38Menurutnya, semangat patriotisme perlu diterjemahkan menerusi usaha menjaga keamanan, perpaduan dan kesejahteraan bersama.
00:45Antara bentuk patriotisme yang mudah diamalkan termasuk memastikan jalur gemilang dipasang dengan betul, mempetulkan bendera yang rosak atau tercabut serta
00:55menunjukkan rasa bangga terhadap negara dalam kehidupan seharian.
00:59Dalam hari itu, pendekatan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda perlu disesuaikan dengan perubahan zaman dan cara mereka menerima
01:08maklumat.
01:08Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum juga perlu menjadikan keperbagaian sebagai kekuatan dalam membina perpaduan dan jati diri
01:17bersama.
01:19Beliau mengambil contoh sokongan rakyat terhadap atlik negara dalam pertandingan badminton dan bola sepak yang mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira
01:27latar belakang pemain.
01:28Sempena sambutan hari kebangsaan yang bakal berlangsung, rakyat disaran menyemarakkan suasana patriotisme dengan mengibarkan jalur gemilang di rumah masing-masing
01:37serta menyertai program sambutan di peringkat komuniti.
Comments