Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kira-kira 15,800 orang maut akibat cuaca panas di Jerman sehingga pertengahan ogos tahun ini, menurut anggaran Institut Robert Koch, RKI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 15,800 orang maut akibat cuaca panas di Jerman sehingga pertengahan Ogos tahun ini menurut anggaran Institut Robert
00:08Koch, RKI.
00:10RKI dalam laporan mingguan terbaharunya memaklumkan 9,600 kematian dikaitkan dengan cuaca panas ekstrim pada akhir Jun,
00:19manakala 4,000 lagi kematian direkodkan dalam tempoh dua minggu pertama Ogos.
00:23Jumlah kematian berkaitan cuaca panas tahun ini jauh lebih tinggi berbanding mana-mana tahun dalam tempoh 10 tahun sebelum ini.
00:31Angka tertinggi sebelum ini direkodkan pada 2018 dengan kira-kira 9,500 kematian diikuti sekitar 7,600 kematian pada 2019.
00:44RKI memaklumkan angka itu merupakan anggaran konservatif.
00:48Justru jumlah sebenar kematian akibat cuaca panas tahun ini mungkin lebih tinggi.
00:52Lebih separuh kematian tahun ini iaitu kira-kira 7,960 kes membabitkan mereka berusia 85 tahun ke atas,
01:00manakala kira-kira 3,900 kematian membabitkan golongan berusia 75 hingga 84 tahun
01:07dan sekitar 2,440 kes dalam kalangan mereka berusia 65 hingga 74 tahun.
Comments

Recommended