00:00Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di Nepal pada Khamis ketika lebih seribu individu masih hilang di negara itu serta di
00:07negara jiran China sesulan bencana banjir kilat dasyat.
00:11Pasukan penyelamat menyaring kawasan lembah dan lering bukit yang dipenuhi runtuhan selepas bongkah ais, lumpur serta batu menghempas sungai pegunungan
00:20sekaligus mencetuskan arus deras.
00:24Di wilayah Trishuli, daerah Nuwakot sebahagian bangunan musnah sepenuhnya dan kenderaan tertimbus dalam mendapan lumpur.
00:32Pihak berkuasa Nepal mengarahkan helikopter bagi mengesan mangsa terselamat serta menghantar bekalan kecemasan kepada ribuan penduduk yang terputus hubungan di
00:41beberapa bandar dan kawasan lembah.
00:43Bencana pada rabu itu turut melanda laluan yang sering digunakan pendaki dan penganut agama menghubungkan kata madu dengan Lasha di
00:50Tibet.
00:50Polis memaklumkan angka korban meningkat kepada 359 orang dengan puluhan mayat dihanyutkan hingga ke kawasan tanah pamah sebelum ditemukan.
01:00Sementara itu, pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal memberi amaran mengenai risiko banjir baharu di sepanjang sungai Botekoshi.
01:08Image satelit dan analisis awal menunjukkan aliran sungai itu mungkin telah tersekat sekaligus membentuk sebuah tasik di lokasi bencana.
Comments