00:00Sekurang-kurangnya 362 orang maut susulan kejadian tanah runtuh dan banjir besar di kawasan sempadan Nepal, Tibet.
00:08Lapor media antarabangsa, polis Nepal sahkan 359 maut di negara itu manakala China sahkan 3 kematian di Tibet.
00:16Angka korban dijangka terus meningkat ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa tempatan.
00:22Lebih 1,300 dilaporkan masih hilang, merangkumi lebih 800 di Nepal termasuk penduduk tempatan, anggota keselamatan serta pelancong tempatan dan
00:32asing.
00:33Manakala di Tibet, babitkan seramai 558 orang termasuk 260 warga asing.
00:41Pihak berkuasa bagaimanapun belum sahkan sama ada terdapat individu yang sama dalam angka dilaporkan kedua-dua pihak.
00:56Sementara itu, seramai 31 warga asing sudah diselamatkan di Nepal.
01:01Perkara itu disahkan menerusi rekod terkini Lembaga Pelancongan Nepal setakat 5,5 petang waktu tempatan.
01:07Namun tiada seorang pun warga asing yang diselamatkan dikenalpasti sebagai rakyat Malaysia.
01:13Daripada warga asing yang diselamatkan, 11 merupakan warga India, 4 warga Korea Selatan, masing-masing 2 dari Rusia dan Itali,
01:23seorang warga Bulgaria dan seorang warga Switzerland.
01:26Manakala status 8 lagi belum disahkan.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments