Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Malaysia boleh memanfaatkan pengalaman China dalam teknologi pertanian, produktiviti dan pembangunan luar bandar bagi memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan daya tahan sistem bekalan negara.
Transcript
00:00Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman China dalam memperkukus sektor pertanian dan keterjaminan makanan melalui penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti serta
00:09pembangunan kawasan luar bandar yang dirancang secara tersusun dan berterusan.
00:14Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Sri Muhammad Sabu berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus memperkukus sektor agro makanan
00:21negara dengan mengambil pendekatan bersesuaian berdasarkan pengalaman negara lain tanpa mengabaikan kepentingan pemain industri tempatan.
00:31Jelasnya China menunjukkan bagaimana sektor pertanian boleh diperkasakan melalui penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti, pembangunan kawasan luar bandar serta perancangan yang
00:41tersusun dan berterusan.
00:43Muhammad berkata perkara itu dikongsikannya dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan lawatan beliau ke China bagi menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri
00:51Keselamatan Makanan Ekonomi Asia Pasifik APEC ke-11 di Hanzau baru-baru ini.
00:55Pada masa sama beliau berkata kerja sama dengan negara lain juga perlu terus diperkukuh bagi memastikan rantaian bekalan makanan serantau
01:03kekal kukuh dan stabil.
01:05Ujar beliau matlamat akhirnya tetap sama iaitu memastikan makanan rakyat cukup, bekalannya terjamin dan negara mempunyai sistem makanan yang lebih
01:13berdaya tahan untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Comments

Recommended