Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Amerika Syarikat dan Kanada menyatakan kesediaan menyalurkan bantuan kecemasan kepada Nepal selepas banjir kilat dan tanah runtuh meragut sekurang-kurangnya 160 nyawa. Puluhan rakyat kedua-dua negara turut dilaporkan hilang dalam bencana yang memusnahkan infrastruktur penting di negara itu.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan Kanada menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada Nepal, susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda
00:07kawasan bersempadan dengan China.
00:09Menurut pihak berkuasa Nepal, puluhan rakyat Amerika Syarikat dan Kanada antara yang dilakukan masih hilang susulan bencana berkenaan.
00:18Setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata, Jabatan Negara bersedia menyokong kerajaan Nepal melalui bantuan kemanusiaan yang diperlukan.
00:26Beliau turut menyatakan solidariti bersama rakyat Nepal serta mendoakan kesejahteraan mereka yang terjejas akibat bencana itu.
00:34Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menyifatkan tragedi itu sebagai satu bencana yang amat dahsyat.
00:41Beliau berkata kerajaan Kanada bersedia memberikan sokongan kepada Nepal selain menyampaikan simpati kepada keluarga mangsa.
00:47Pihak berkuasa Nepal memaklumkan sekurang-kurangnya 47 rakyat Amerika Syarikat dan 24 rakyat Kanada masih belum diketahui nasib mereka.
00:55Bagaimanapun, Washington dan Ottawa masih belum mengesahkan angka berkenaan secara rasmi.
01:00Selain itu, bencana itu turut meragut 160 nyawa dan menyebabkan lebih 680 orang hilang serta memusnahkan 13 projek hidroelektrik dan
01:09jalan raya.
01:10Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended