00:00Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang JPNPP akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR sekiranya indeks pencemaran udara IPU akibat
00:10jerebu mencecah 200.
00:12Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Muhammad Ziauddin Mat Saad berkata langkah itu selaras dengan panduan Kementerian Pendidikan berkaitan pengurusan sekolah ketika
00:22jerebu.
00:26JPNPP akan meneliti tren bacaan IPU di Minden, Balik Pulau, Seberang Jaya dan Perai pada jam 6 petang atau 8
00:33malam sehari sebelumnya bagi menentukan tindakan pada hari berikutnya.
00:37Bilik gerakan khas turut diwujudkan sejak 13 Ogos lalu untuk memantau perkembangan jerebu dan melaraskan pemakluman kepada sekolah.
00:45JPNPP juga menyediakan pelan kontingensi bagi menghadapi kemungkinan jerebu menjejaskan kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan Jambori Pengakab
00:54Malaysia ke-15 yang bermula 28 Ogos ini.
00:58Antara pilihan dipertimbangkan termasuk melaraskan jadual pelawanan bola sepak berdasarkan bacaan IPU.
01:04Jambori itu dijangka menghimpunkan lebih 5,000 pengakab tempatan dan lebih 450 peserta antarabangsa dari 11 negara.
Comments