00:00Sebuah pesawat pengangkut tentera Amerika Syarikat yang digunakan tentera udara Amerika terbang dari Latvia ke lapangan terbang VNUKO di Moskow
00:08pada awal selasa.
00:10Data Flight Radar 24 mendedahkan pesawat berkenaan dipercaya terbang ke Latvia dari pakalan bersama Andrews, sebuah kemudahan ketenteraan Amerika berhampiran
00:19Washington DC.
00:22Data tersebut tidak menunjukkan siapa yang berada di dalam pesawat berkenaan sebuah pesawat besar Boeing C-17 Globemaster III atau
00:30sebab pesawat itu terbang ke Rusia.
00:33Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov enggan mengulas apabila ditanya mengenai penerbangan itu dan berkata tidak mempunyai maklumat sedemikian.
00:41Washington juga tidak memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai perkara itu.
00:45Pegawai Amerika Syarikat telah beberapa kali mengunjungi Rusia sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun tidak dapat dipastikan sama ada pegawai
00:53awam atau pegawai tentera berada di dalam pesawat tersebut.
00:57Flight Radar 24, sebuah laman web yang diasaskan oleh dua peminat penerbangan Sweden, menggunakan sistem penerima pesawat berasaskan sumbangan orang
01:04ramai untuk memetelkan lokasi dan laluan penerbangan pesawat di seluruh dunia.
Comments