00:00Canada umum tarif balas terhadap lebih 700 produk dari Amerika Syarikat bernilai sekurang-kurangnya $19 bilion sebagai tindak balas kepada
00:10tarif baru Washington.
00:12Menurut Menteri Kewangan Canada, Frank Chame Philip Champagne, langkah itu dilaksanakan berdasarkan prinsip dolar untuk dolar bagi menyamai impak tarif
00:2150% Amerika Syarikat ke atas produk Canada.
00:26Tarif balas tersebut dijadual berkuatkuasa pada 8 September depan.
00:31Selain langkah tarif, Ottawa terus mengumumkan pakej bantuan ekonomi bernilai $5.4 bilion bagi membantu syarikat dan pekerja yang terkesan
00:40akibat pertikaian perdagangan antara kedua negara.
00:43Berdasarkan senarai yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Canada, tarif baru itu memberi tumpuan kepada beberapa sektor utama termasuk keluli, produk tenusu,
00:52peralatan elektrik, jentera pertanian, palpa dan kertas serta produk elektronik.
00:57Kadar tarif ditetapkan pada tiga peringkat iaitu 15%, 25% dan 50% bergantung kepada kategori produk.
01:06Dalam sektor tertentu seperti keluli dan aluminium, tarif balas sedia ada akan dinaikkan daripada 25% kepada 50% bagi
01:15menyamai kadar yang dikenakan oleh Washington.
01:17Canada turut mengekalkan beberapa tarif balas yang diperkenalkan sebelum ini termasuk terhadap kenderaan yang diimport dari Amerika Syarikat.
01:24Antara produk yang akan dikenakan tarif 25% ialah keju, hasil tenusu, ikan, makanan laut dan beberapa produk berasaskan keluli
01:33dan aluminium.
01:34Kerajaan Canada berkata paket bantuan $5.4 bilion Amerika itu akan memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana termasuk membantu
01:43syarikat mengelakkan pemberhentian pekerja, meningkatkan latihan kemahiran dan memperluas akses kepada skim insurans pekerjaan.
Comments