00:00Dua wanita dilaporkan cedera selepas dipercayai tergelincir daripada Pelampung ketika bermain gelongso air di sebuah taman tema dan resort di
00:08Air Keroh, Melaka Sabtu lalu.
00:10Ketua Polis Daerah Melaka Tengah SCP Halim Abbas berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 46 tahun dan 31 tahun
00:18mengalami kecederaan termasuk darah beku di kepala dan gegaran otak dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.
00:28Menurut beliau, siasatan mendapati mangsa berada di taman tema berkenaan bersama ahli keluarga sebelum memilih untuk mencuba permainan gelongso air
00:36tersebut.
00:37Menurut laporan, kedua-dua mangsa menggunakan pelampung berkembar ketika menaiki gelongso berkenaan.
00:42Semasa menuruni gelongso itu, pelampung berkenaan secara tiba-tiba melanggar sesuatu menyebabkan kepala seorang daripada mereka terhantuk pada dinding gelongso
00:51dan kedua-dua mangsa dilaporkan pengsan.
00:53Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
00:58Hasil pemeriksaan dan imbasan tomografi berkomputer atau CT scan mendapati, mangsa berusia 46 tahun mengalami darah beku pada bahagian kanan
01:07kepala selain luka pada dagu dan lutut kanan serta sakit di bahagian dada.
01:12Sementara itu, mangsa berusia 31 tahun dilaporkan tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku dan disahkan mengalami gegaran otak selain mengadu
01:21sakit pada beberapa bahagian badan.
01:23Dalam perkembangan sama, pengurus besar bahagian promosi pelancongan Melaka atau turisme Melaka, Nasrul Ahmad mengingatkan semua pengusaha taman tema dan
01:31pusat pelancongan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pengunjung.
01:35Beliau berkata penyelenggaraan berkala perlu dilakukan bagi memastikan pengalaman pelancong sentiasa selamat dan menyenangkan.
01:42Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
Comments