00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam tindakan pihak berkuasa Israel di sebuah pusat latihan vocational milik agensi badan dunia itu,
00:09UNRWA di Baitul Maktis, Timur.
00:12Menurut jurucakap PBB, Stefan Dujari berkata, pihaknya pihak berkuasa Israel termasuk anggota keselamatan memasuki premis berkenaan tanpa kebenaran dan menjalankan
00:22kerja di kawasan tersebut.
00:26Menurut beliau, tindakan berkenaan akan menjejaskan akses pendidikan vocational kepada golongan muda Palestine yang bergantung kepada kemudahan itu.
00:35Beliau berkata pusat tersebut menyediakan pendidikan dan latihan vocational percuma kepada ratusan pelajar dari seluruh tebing barat setiap tahun.
00:44Dujari memaklumkan bahawa insiden itu merupakan kali kelima pihak berkuasa Israel memasuki premis UNRWA tanpa kebenaran sejak Mei lalu.
00:52Katanya, tindakan berkenaan berlaku selepas beberapa insiden lain yang turut mengganggu operasi dan kemudahan agensi tersebut.
01:00Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menggesa Israel supaya menghentikan segera semua bentuk campur tangan terhadap premis PBB.
01:09Beliau turut menuntut supaya pihak berkuasa Israel mengosongkan kawasan yang terlibat dan memulangkan semula premis berkenaan kepada PBB tanpa sebarang
01:17kelewatan.
01:18Menurut Guterres, premis milik PBB mempunyai kekebalan dan pelindungan di bawah undang-undang antarabangsa serta tidak boleh diganggu atau diceroboh.
Comments