00:00Penduduk Palestine, Din Han Yunis berhimpun bagi memperingati ulang tahun pertama kematian lima wartawan yang terkorban dalam serangan Israel ke
00:08atas Hospital Naseh tahun lalu.
00:11Mangsa terkorban terdiri daripada pengamal media yang bertugas untuk beberapa organisasi berita antarabangsa termasuk Reuters, Associated Press dan Al Jazeera.
00:22Serangan ke atas Hospital Naseh pada 25 Ogos tahun lalu meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa termasuk lima wartawan.
00:30Antarabangsa ialah jurukamera Reuters, Husam Al-Masri yang sedang mengendalikan siaran langsung ketika serangan berlaku.
00:37Dalam satu kenyataan bersama, Reuters dan Associated Press menggesa kerajaan Israel memberikan penjelasan menyeluruh mengenai insiden tersebut.
00:45Mereka turut menuntut pelindungan lebih baik terhadap wartawan yang membuat liputan konflik di Gaza.
00:51Selepas serangan berlaku, tentera Israel mendakwa mereka kononnya menyasarkan sebuah kamera milik Hamas.
00:56Namun siasatan Reuters mendapati peralatan berkenaan sebenarnya milik agensi berita itu.
01:03Tentera Israel memaklumkan insiden berkenaan kini dalam semakan jawatan kuasa dalaman bagi menentukan sama ada siasatan jenayah akan dibuka.
Comments