Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan negaranya akan terus menyokong Syria dan berusaha mewujudkan keamanan serantau walaupun ketegangan dengan Israel semakin meningkat susulan serangan udara Israel ke atas sebuah pangkalan udara Syria.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menegaskan negaranya akan terus menyokong Syria walaupun ketegangan dengan Israel berhubung perkembangan keselamatan di negara
00:09berkenaan semakin memunca.
00:11Menurut Erdogan, usaha untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan serantau akan diteruskan tanpa menghiraukan bantahan pihak tertentu.
00:21Kenyataan Erdogan dibuat susulan serangan udara Israel ke atas sebuah pangkalan udara Syria minggu lalu.
00:26Israel turut memberi amaran kepada Ankara berhubung apa yang disifatkannya sebagai pengembaraan berbahaya di Syria.
00:34Ketegangan antara kedua-dua negara meningkat sejak kebelakangan ini berikutan perbezaan pendirian mengenai perkembangan politik dan keselamatan di Syria
00:41yang menyaksikan kedua-dua negara mempunyai kepentingan strategik dan kehadiran ketenteraan di negara itu.
00:47Sebelum ini, Israel mendakwa Syria hampir membenarkan penempatan tentera Turki di wilayah berkenaan
00:53sekaligus mencetuskan kebimbangan keselamatan kepada Tel Aviv.
00:57Bagaimanapun, Ankara menolak dawaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.
01:03Kementerian Luar Turki sebelum ini menyatakan bahawa kenyataan Israel mengenai kedudukan ketenteraan Turki di Syria
01:08adalah tidak boleh diterima dan tidak menggambarkan keadaan sebenar di lapangan.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended