00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa selat hormus kini bebas daripada periuk api selepas semua bahan letupan yang berada di
00:07perairan antarabangsa itu berjaya dialihkan atau dimusnahkan.
00:11Menurutnya, Iran turut diberi amaran bahawa Washington akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menempatkan semula periuk
00:19api itu di laluan perkapalan tersebut.
00:21Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata mana-mana kapal atau bot yang didapati memasang periuk api baru akan
00:28dimusnahkan serta-merta.
00:30Beliau turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan selat hormus.
00:37Trump berkata teknologi angkatan angkasa lepas Amerika Syarikat digunakan bagi memantau setiap inci kawasan perairan berkenaan.
00:45Pemantauan itu menurutnya turut melibatkan kawasan Peak Age, Mountain serta tiga lokasi nuklear Iran yang didakwa telah dimusnahkan sebelum ini.
00:54Selat hormus merupakan antara laluan perdagangan tenaga paling penting di dunia dan menjadi tumpuan berikutan ketegangan berterusan di rantau Asia
01:02Barat.
01:02Terima kasih telah menonton!
Comments