00:00Presiden Prabowo Subianto berkata kebakaran hutan dan tanah di Indonesia mula terkawal di beberapa kawasan sambil menzahirkan harapan agar situasi
00:10itu dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.
00:16Prabowo berkata sumber yang besar telah digerakkan bagi menangani kebakaran berkenaan termasuk puluhan helikopter, lebih 12 pesawat, ratusan telaga air
00:27dan pump serta ribuan anggota keselamatan dan penyelamat.
00:33Prabowo berkata dunia sedang mengalami fenomena El Nino yang diramalkan antara terkuat sekaligus menuntut Indonesia untuk kekal bewaspada terhadap risiko
00:43akibat fenomena berkenaan.
00:44Prabowo berkata beliau telah melawat sendiri beberapa kawasan untuk meninjau situasi dan mendapati kerajaan wilayah, kementerian dan agensi, pihak tentera,
00:54polis serta pihak berkuasa pengurusan bencana bekerja dengan berkesan.
00:58Selain itu, Kementerian Alam Sekitar sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap kira-kira 30 syarikat di seluruh negara berhubung kebakaran
01:06hutan dan tanah tahun ini dengan tututan hampir 15 triliun rupiah, kira-kira 3.42 bilion ringgit bagi kerugian negara
01:14dan kos pemulihan alam sekitar.
01:18Kementerian Alam Sekitar
Comments